Pengenalan Sekolah.

Posted by Sek Keb Kemahang ( 2 ) | 6:03 PM



PROFIL SK. KEMAHANG ( 2 )


Sekolah Kebangsaan Kemahang (2) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1992 hasil pecahan murid Tahun 1 hingga Tahun 4 seramai 459 orang daripada Sekolah Kebangsaan Kemahang (1). Berkongsi tapak dan bangunan sekolah dengan SK. Kemahang (1) sebelum berpindah ke bangunan sendiri di SK. Kemahang (2) – “Anjung Persada” mulai Januari 1996.


Visi Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kemahang(2) : Sekolah Bitara 2010


Misi Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kemahang (2) dengan persekitaran yang konduktif dan pengurusan yang sistematik serta melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran yang berkualiti akan melahirkan murid-murid yang cemerlang dan seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.


Matlamat Sekolah

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Kemahang (2) sebagai “rujukan” dari sudut keceriaan dan pendidikan formal dan informal.


Motto Sekolah

“Mengatasi Kebiasaan”(Above the Ordinary)